Bulan Pertama Kami Bagi Sewa Bilik Hanya RM 150 je...

Assalamualaikum... dalam keadaan sekarang ni kami paham ada yang kena berhenti kerja, ada yang kena buang kerja dan sebagainya, jadi kami terpanggil untuk turut sama terlibat dalam membantu mereke-mereka yang baru dapat kerja dan baru nak cari kerja, terutamanya di sekitar Subang Jaya dan USJ ni.


Kami tawarakan sewaan dengan kadar paling murah iaitu RM 150 untuk bulan pertama sewaan anda dengan kami. Bilik adalah bilik jenis berkongsi dua orang, dan penghuni untuk sesebuah rumah juga tidak ramai.



Kawasan bilik sewa kami amat berdekatan dengan LRT, Shopping Kompleks seperti Damen, Summit, Giant, Decathlon dan Mydin. Juga berdekatan dengan kawasan industri sekitar USJ. Jadi bagi yang ingin bekerja, dan baru dapat kerja di kawasan Subang Jaya USJ, amat sesuai untuk menginap di tempat kami. Mudah untuk anda bergerak kemana-mana.


Kawasan apartment bilik sewa kami pun Alhamdulullah bersih, ada sekuriti guard dan ada taman. Suasana pun menenangkan dan menyenangkan. Jadi sama ada anda dari kawasan Lembah Klang, atau dari negeri-negeri lain mungkin sedang mencari-cari kerja baru, boleh mempertimbangkan untuk menyewa dengan kami dan mendapatkan offer RM 150 sewa untuk bulan pertama tu sebagai permulaan untuk anda bekerja.



Tawaran ini hanya terhad untuk kemasukkan Jun dan Julai 2020 ya, dan hanya kepada mereka yang baru dapat kerja atau baru nak cari kerja. At least sewaan RM 150 untuk bulan pertama tu mungkin dapat sedikit sebanyak membantu meringankan beban memulakan semula kerja. Kita harapkan masalah Covid-19 ni akan segera berlalu, ekonomi serta perniagaan kembali rancak dan peluang-peluang pekerjaan kembali wujud dengan banyak. Kalau anda tidak memerlukan bilik sewa pun mungkin ada rakan-rakan atau saudara mara anda memerlukan bilik sewa di sekitar Subang Jaya USJ. Kalau tak keberatan bolehlah di war-warkan tawaran ini, mungkin dapat membantu.


untuk maklumat lanjut boleh contact whatapps kami

bit.ly/BilikSewaUSJadmin01

bit.ly/BilikSewaUSJadmin02


Semoga para penyewa kami dan anda semua sentiasa dilapangkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

428 views0 comments

Recent Posts

See All