5 Tips Untuk Cari Bilik Sewa

Kami paham yang kadang-kadang memang susah nak buat pilihan dalam nak cari bilik sewa ni sebab mungkin ada banyak pilihan. Faktor cari bilik sewa ni jangan cari yang harga murah semata-mata, sebab mungkin ada kos-kos lain yang akan terlibat untuk jangkamasa panjang. Jadi kami sharekan beberapa tips yang mungkin boleh digunakan dalam nak cari bilik sewa ni.



1. Dekat dengan tempat kerja

Ini yang paling penting, pertama sekali cari di lokasi yang paling dekat dengan tempat kerja anda. Lebih-lebih lagi pada yang baru sahaja memulakan kerja, ia dapat menjimatkan kos dan membantu anda untuk sampat ke tempat kerja tepat pada waktunya. Tapi Ada juga kelemahannya iaitu, kebiasaan, lokasi yang bagus harganya pula tak berapa nak murah. Jadi di sini anda kena kaji sikit berkenaan dengan kos anda. Ada masanya kalau sewa murah pun tapi jauh dari tempat kerja, ia akan menimbulkan kos lain pulak kan.




2. Dekat dengan pengangkutan awam

Bagi yang baru bekerja dan tidak ada transport, pengangkutan awam merupakan satu perkara penting. Bukan sahaja dapat memudahkan tapi juga dapat bantu menjimatkan perbelanjaan. Jadi kalau nak cari bilik sewa kaji juga dimana stesen pengangkutan awam terdekat. Mungkin harga mahal sikit tapi dapat berjimat banyak bila dekat dengan pengangkutan awam. Kalau dekat dengan Bas Selangorku tu lagi best, FREE je


3. Rumah lengkap berperabot asas

Bab perabot ni jangan kata tak penting ya.. bilik bukan sekadar nak tidur je tapi untuk keselesaan, lebih-lebih lagi bilik yang jenis berkongsi. Lagi best kalau, dah tersedia peti sejuk, dapur, meja makan, mesin basuh dan sebagainya. Tapi janganlah pulak expect kelengkapan melampau-lampau pulak, mentang-mentang nak selesa nak katil dan tilam mahal-mahal, demand aircond pulak tu.. hu..hu.. kena reasonable dengan harga sewaan bilik. Bila perabot asas tu ada maka nak susun barang pun mudah, dan kalau ada katil tu mungkin sebahagian barang boleh diletakkan dibawah katil, jimat space. Bila bilik tu ada perabot dan berkongsi kenalah pandai bertolerasi dan menjaga keselesaan antara satu sama lain. Jadi bila ada perabot asas ni anda dah banyak berjimat dan tak perlu pening-pening kepala.


4. Tuan Rumah atau pengurus yang ramah

Bila mula-mula datang view rumah tu maybe boleh tengok sekali tuan rumah atau yang bawa kita tengok rumah dan bilik tu ramah atau tak. Bukan apa bila yang bawa tu ramah dan mesra, bermakna kita mudah untuk berkomunikasi untuk masa-masa akan datang, boleh dibawa bincang dan senang nak berurusan. Tapi kalau dapat tuna rumah yang ramah tu pulak jangan ambil kesempatan pulak nak demand bukan-bukan. Bebalik kepada soal reasonable tadi ya..



5. Sekuriti yang baik

Ditempat baru dah tentu kita tak pasti dengan keadaan keselamatannya kan. Kita puntak tau siapa penduduk di kawasan tersebut, ada ramai warga asing ke. Jadi kalau kita tengok kawasan yang kita nak tinggal tu ada sekuriti yang baik itu satu bonus. Kita sewa bilik bukan sekadar nak tidur, kita kalau boleh nak selesa dan terjaga. Tapi kalau dah duduk situ tolonglah sekali jaga keselesaan orang lain juga.. ha..ha.. jangan korang pulak yang buat pasal, ganggu ketenteraman awam


Sekian 5 tips untuk cari bilik sewa. Kalau nak sewa bilik di sekitar Subang Jaya Usj, sila contact whatapps kami

bit.ly/BilikSewaUSJadmin01

bit.ly/BilikSewaUSJadmin02


Terima kasih ya, moga bermanfaat

128 views0 comments